Sedarlah..
Islam ini sesuatu
yang perlu dirasai dan dihayati.
Sama-samalah kita
bertanya diri,
Adakah jiwa kita ini
berasa nikmat dengan Islam ?
Jika kamu merasa malu
membuka pekung di dada sendiri,
tidakkah aib dan
salah kamu meminta orang lain
Setiap daripada kita
melakukan dosa.
Dosa daripada
perlakuan maksiat dan munkar bermacam-macam.
Dosa dari hati yang
lalai,
lidah yang menjarah,
panca indera yang
melanggar dan merempit,
bahkan sikap dan
akhlak kita yang jengkil.
Kita berdosa kerana
kita adalah manusia.
Setiap manusia mesti
berdosa.
Jika tidak kerana
dimaksumkan oleh Allah,
para anbiya’ juga
berdosa.
Mereka juga manusia.
Tetapi dosa adalah
penyakit yang menyerang manusia.
Kerananya manusia
lemah dan mati.
Ia mesti dibuang
sesegeranya sebelum ia menjalar dan merebak
lalu mencetus
penyakit yang lebih parah.
Ia kuman yang
sesetengahnya boleh membunuh.
Dosa juga adalah
keaiban dan kehinaan.
Ia mesti ditutup.
Ia mesti tidak
didedahkan.
Apabila ia terdedah
atau didedahkan,
ia akan merendahkan
kedudukan tuannya di mata manusia yang beriman,
apatah lagi di mata
manusia yang berpenyakit yang seronok
penyakitnya
menjangkiti orang lain pula.
Dia mungkin
kehilangan thiqah dan
Kerana itu dosa mestilah dijauhi dan dielakkan.
Jika berlaku dosa, ia
mesti dibuang sesegeranya.
Jika ada dosa, ia
mesti ditutup dan disembunyikan daripada
pandangan manusia
seluruhnya.
Jauhilah dosa dengan
sifat taqwa.
Hilangkanlah dosa
dengan taubat.
Sembunyikanlah dosa dengan
sitrah / penutup.
Maka tanamkanlah dan
bajailah sifat taqwa,
nescaya kita tidak
mudah berdosa
kerana taqwa
mendorong kita membenci dosa
dan menyukai
ketaatan.
Segeralah bertaubat
dan beristighfar.
Ia bagai angin kuat
yang menggugurkan dedaun kering dari rantingnya.
Ia lalu memucukkan
daunan yang lebih segar dan menghijau.
Tutuplah dosa diri
dengan tidak melakukannya secara terang-terangan
dan bisukanlah
lidahmu daripada menceritakan dosa dan aib
yang engkau lakukan
sendirian.
Bersyukurlah kerana dikurniakan
taqwa yang terlalu didamba orang beriman.
Bersyukurlah kerana
dimudahkan bertaubat daripada dosa
yang mengeraskan hati
dan jiwa.
Bersyukurlah kerana
disembunyikan dosa diri
daripada pengetahuan
manusia.
Besarnya kasih sayang
Allah swt kepada kita
kerana betapa
banyaknya dosa kita
ditutup-Nya daripada
penglihatan manusia.
Bodohnya kita apabila
mendedahkan dosa dan aib
yang telah ditutup
Allah swt dengan sitrah-Nya kepada manusia.
Apabila Allah swt
ingin menghukum hamba-Nya di dunia,
didedahkan keaibannya
dan perlakuan jahatnya kepada
seluruh manusia,
lalu runtuhlah segala
maruah diri yang dibina.
Murkanya Allah swt
pada manusia yang membuka aibnya sendiri
selepas ditutupi-Nya.
Tidak sama dosa
terang-terangan dengan dosa yang dilakukan secara sembunyi.
Doa Rasulullah saw,
“ Tuhanku, ampunilah
dosa kami,
tutuplah keaiban kami
dan janganlah dibiar
musuh kami
memperlekehkan kami. “
Betullah kata-kata
ulama,
Jika dosa itu berbau,
nescaya ku tak mampu keluar rumah
kerana malu busuk
tubuhku dikesani
orang kerana
dosa-dosaku…
Renungkan..
Source : Sepahit
Jaddam by Ustaz Nik Mohammad Abduh
Whatever we do in
this world,
It will be questioned
in the afterlife.
Always be careful !
- Islam unites us all
–
->> We unite
for Islam <<-
^_^
No comments:
Post a Comment