Saturday, 19 May 2012

:: ReMinDeR SmS 4 Da'ei ::

Sedarlah..
Islam ini sesuatu yang perlu dirasai dan dihayati..
Sama-samalah kita bertanya diri..
Adakah jiwa kita ini berasa nikmat dengan Islam ?

Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini..
Walau sebesar zarah sekalipun..
Akan dihitung di akhirat kelak..

" Kita dapat melihat umat Islam masih berada 
dalam keadaan yang cukup lemah, 
kerana dipengaruhi oleh musuh-musuh yang bukan Islam 
dan masih boleh diperkotak-katikkan oleh musuh mereka.
Biarkanlah orang bukan Islam 
masih tercari-cari penyelesaian hidup mereka, 
tetapi yang menjadi masalah 
kenapa kita sebagai orang yang mengaku Islam 
dan telah diberi kebenaran oleh Allah swt, 
juga masih tercari-cari seperti mereka 
sedangkan kita memiliki Islam yang dikurniakan Allah swt. " ~TGHA 

Seorang muslim yang telah menyertai Harakah Islamiyyah 
yang telah mengiklankan dengan cara terbuka dan meluas bahawa 
perjuangannya adalah membina masyarakat Islam, 
mendirikan negara Islam, melaksanakan syariat Islam 
dan mengembalikan Khilafah Islamiyyah di dunia.

Muslim yang dapat mengembangkan nilai-nilai perjuangan 
di tengah-tengah masyarakat dan dia adalah pembawa 
risalah Islamiyyah dalam kehidupan ini, 
para Nabi dan para Rasul dijadikan model untuk dirinya.

Seorang penasihat 'nasih' yang sentiasa sedia 
memberi pandangan yang membina.

Muslim Haraki adalah baik akhlaknya : 
bercakap benar bukan penipu, 
menunaikan janjinya terhadap masyarakat jiwa 
dan bersih daripada hasad dengki, menipu, benci terhadap orang lain.

Jangan takut, jangan gementar, 
sesungguhnya Allah pembantu kita..
sama-sama dengan kita..
selalu tajdid niat.. Allahuakbar!!

Apabila da'ie tidak menjaga hatinya, 
maka rosaklah dirinya, 
terfitnahlah Islam kerananya, 
dan runtuhlah dakwah di tangannya.

Sahabatku, 
kejayaan dakwah bukanlah terletak 
pada kepandaian seseorang da'ie itu berkata-kata, 
bukan jua pada kecantikan paras rupa, 
tetapi terletak pada keihklasan dan kejernihan hatinya.

Maka waspadailah hatimu selalu.. 
agar ia terselamat daripada kekotoran nafsu yang menipu.

Peringatan buat jundullah..
Jangan pernah berbangga mengaku kita jundullah, 
jika akhlak tidak mengatakan begitu, 
kualiti ibadah entah ke mana, 
selalu merungut dengan komitmen terhadap gerakan, 
masa banyak terisi dengan perkara tidak berfaedah, 
lebih mahukan kesenangan dunia daripada akhirat, 
banyak hak yang tidak ditunaikan, 
ilmu banyak disia-siakan, 
selalu berbangga diri dengan kerja yang baru sedikit, 
banyak menyusahkan yang lain dengan sikap kita sendiri, 
pentingkan diri, 
mengatakan kitalah yang paling sibuk..

Allahurabbi..

aku kah jundullah ???

Ya muqollibal qulub, thabbit quluubana 'ala diinik, wa 'ala to'atik..



















Apabila kamu telah meletakkan kopiah dan jilbab atas kepalamu, 
maka kamu mesti bekerja lebih daripada orang lain.
Kamulah orang pertama yang patut 
senyum dan menyapa orang di jalanan, 
kamulah yang paling bersih dan kemas, 
kamulah yang ringan tulang membantu masyarakat..

Ketika negara bergolak, 
atau berlaku sesuatu yang tidak baik dalam masyarakat, 
kamu tidak panik malah menjadi penyelesai masalah.
Itu kerana kita semua adalah orang Islam!

Kata Allahyarham Ustaz Fadzil Nor,
" Pekerjaan yang kita lakukan untuk Islam ini 
bukan sukarela tapi adalah kewajipan dan amalan kita.
Jangan biarkan sehari kita berlalu tanpa 
melakukan sesuatu untuk kemenangan Islam.

" Barangsiapa yang memelihara ketaatan kepada Allah swt 
pada masa muda dan masa kuatnya, 
maka Allah swt akan memelihara kekuatannya 
pada saat tua dan saat kekuatannya lemah.
Ia akan tetap diberi kekuatan pendengaran, 
penglihatan, kemampuan berfikir dan kekuatan akal. "
~Ibnu Majah

Moga sentiasa dalam pandangan 
rahmat dan tarbiyyah Allah swt.

Sahabatku,
aku bangga melihat mu derita dalam perjuangan..
daripada melihat mu gembira dalam kelalaian..

Sahabatku,
aku bangga mendengar tangisan mu kerana pengorbanan..
daripada melihat tawa mu dalam pengkhianatan..

Jangan lupa sahabatku,
mulia mu bukan pada pangkat dan rupa..
bukan jua pada harta..
tetapi kerana Islam..
salam mujahadah lillah..

Kalam ini khusus buat mu wahai mujahid dan mujahidah, 
pemuda pemudi soleh solehah yang ditarbiyyah, 
pembawa  sinar pada bi'ah, 
harapan agama untuk disampaikan risalah,
lantas sahabatku fillah, 
ayuh terus kuat melawan mehnah, 
terus gagah dalam lembut dan ramah, 
sebarkan dakwah pada bangsa yang parah, 
jangan kita hanya sibuk membelai diri, 
kelak soalan di mahsyar menanti, 
apa sumbangan mu pada agama yang suci ini..

Jangan mudah lemah kiranya apa yang dihajati tidak dipenuhi, 
kuatkan diri menghadapi mehnah dan tribulasi..
Sama-sama kita ingat-mengingati, 
jaga ibadat, 
jaga hubungan dengan Allah swt dan sesama manusia..
salam mahabbah..

" Kita pergi ke kedai, minum air dan makan nasi,
tiba-tiba enggan untuk bayar , nescaya kita akan dimarahi kerana mahu makan percuma,
itu baru air dan nasi.
Apakata pula jika kita sebagai manusia duduk di dunia,
bernyawa dengan udara Tuhan,
melihat dengan mata yang Allah swt bagi,
mendengar dengan telinga serta bercakap dengan mulut yang diberikan oleh Allah swt,
tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma 
tanpa buat kerja untuk Allah swt ??? " ~TGNA

Bila saya mati, gelaran Dato Bentara Setia saya sudah tidak ada lagi,
yang tinggal hanya Nik Aziz, 
sama ada Tun, Tin ke Tan semuanya tidak ada lagi,
yang ada hanyalah pahala,
justeru, sekarang kita perlu segera jadikan 
amalan kerja buat kita di dunia ini 
menjadi pahala di sisi Allah swt kelak. ~TGNA

Andai perjuangan ini mudah..
pasti ramai menyertainya..
Andai perjuangan ini singkat..
pasti ramai yang istiqomah..
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia..
pasti ramai tertarik padanya..
Tetapi hakikat perjuangan bukan begitu..
turun naiknya..sakit pedihnya..
Umpama kemanisan yang tidak terhingga..
Andai rebah..bangkitlah semula..
Andai tidak berdaya..
mengadulah pada-Nya..
Kerana hanya Dia sahaja yang memahami
keadaan hamba-Nya..
















Sesungguhnya perjalanan seorang da'ie itu
sangat panjang & melelahkan..
Tika itu orang akan hairan melihat da'ie menyengsarakan diri
dalam kelelahan dan bertanya,
"sampai bila engkau akan melelahkan diri kau?"
..maka si da'ie menjawab dengan penuh pasti,
"aku akan melelahkan diriku hingga
kuyakin istirahatku di syurga."

" Tarbiyyah adalah umpama hospital..
tiada orang yang pergi ke hospital tersenyum..
melalui proses tarbiyyah adalah satu kepahitan
kerana terpaksa melawan nafsu dan keinginan..

Murabbi memberikan tarbiyyah umpama
doktor memberikan ubat.
Walaupun pahit ditelan tetapi di sana ada kemanisan
bagi diri yang jiwanya sihat kesan terdidik
dengan kepahitan tarbiyyah..

Orang yang menangis bersama kita
dan kerap membuatkan kita menangis
adalah lebih baik
daripada orang yang ketawa bersama kita
yang akhirnya akan mentertawakan kita.. "

~Nukilan Syeikh Yusuf



Whatever we do in this world,
it will be questioned in the afterlife,
always be careful !

Islam unite us all !
~We unite for Islam ! ~
^_^

*| kerana Allah kita mara |*


No comments:

Post a Comment