Sedarlah..
Islam ini sesuatu
yang perlu dirasai dan dihayati.
Sama-samalah kita
bertanya diri,
Adakah jiwa kita ini
berasa nikmat dengan Islam ?
Keimanan.
Ramai yang menyangka
keimanan itu satu perkara yang enteng.
Hakikatnya, keimanan
adalah perkara asas yang paling penting
dalam pembinaan
insaniah menuju ketaatan kepada Allah swt.
Iman tidak akan mampu
dicapai hanya dengan kata-kata.
Iman juga tidak cukup
sekadar ikrar disimpan dalam hati.
Iman adalah apabila
manusia berjaya menterjemahkan
apa yang tersimpan di
dalam hatinya tadi,
ke dalam amal.
Bagaimana dengan
artis yang tidak bertudung tetapi
berkata dalam
hatinya, iman dia kuat ?
Dari satu segi, betul
amal itu terjemahan iman kita.
Dari satu segi lain,
perkara ini adalah untuk kita timbang diri kita,
bukan menuding jari pada orang lain.
Perkara ini adalah
kayu ukur untuk diri kita.
Ini bukan kefahaman
yang menjadi lesen
Iman perlu difahami
dengan baik.
Iman sangat penting
kerana dengannya,
manusia akan berasa
kekok melakukan maksiat,
juga berasa ringan
berbuat kebaikan.
Kalau iman ini
maksudnya percaya,
apa bezanya dengan
keimanan orang lain
pada agama mereka ?
Keimanan kita, adalah
kepada yang ghaib.
Kita tidak nampak
Allah.
Kita tidak nampak malaikat.
Kita tidak nampak
syurga dan neraka.
Kita tidak tahu
bagaimana sistem qada’ qadar yang sebenarnya.
Tetapi kita beriman
dengan semua itu.
Agama lain, mereka
tidak mampu mempercayai yang ghaib.
Sebab itu, kita
lihat, agama lain mewujudkan berhala
lalu menyembahnya.
Kita beriman bahawa
Allah Maha Melihat,
Allah Maha Mendengar.
Kita beriman betapa
ada dua malaikat yang sentiasa
mencatat amalan kita.
Kita juga beriman
setiap amalan akan ditimbang.
Ada syurga, ada
neraka.
Di situ, apakah patut
kita
melakukan apa yang
tidak disukai Allah swt ?
Dengan keimanan ini,
kita akan mampu
menjaga diri kita sepanjang masa.
“ Sesungguhnya Rasulullah
saw pernah bersabda :
Seorang penzina tidak
akan berzina
jika ketika itu dia berada dalam keimanan.
Seorang pencuri tidak
akan mencuri
jika ketika itu dia berada dalam keimanan
iaitu iman yang
sempurna.
Begitu juga seorang
peminum arak tidak akan meminum arak
jika ketika itu dia
berada dalam keimanan. “
= Riwayat Bukhari =
Sebab itu Rasulullah
saw memulakan dakwahnya dengan
membina keimanan
insan terlebih dahulu.
Allah swt telah
menyusun umat Islam ini,
ditarbiyah keimanan.
Fasa Makkah selama
tiga belas tahun.
Lebih lama daripada
fasa Madinah yang hanya sepuluh tahun.
Masa itu, tiada ayat hukum
yang turun,
melainkan ayat
tentang solat ketika penghujung fasa tersebut.
Ayat-ayat Al-Quran
yang turun ketika itu hanyalah berkenaan
syurga dan neraka,
kaum-kaum terdahulu,
akhlak dan adab serta
perkara-perkara yang berkaitan akidah.
Iman adalah sangat
penting meskipun
iman ini perkara yang
tidak terlihat.
Iman ibarat piling
semasa membuat bangunan.
Apabila hendak
membuat sesuatu bangunan,
yang paling penting
adalah dasarnya.
Bukan bentuk bilik,
bukan warna dinding.
Itu semua datang
kemudian.
Perkara yang pertama
perlu dilakukan adalah
membina dasar yang kukuh.
Sekukuh mana dasar,
kita tidak dapat melihatnya.
Yang kita lihat
adalah rumah yang kukuh.
Tetapi kenapa rumah
kukuh ?
Kerana dasarnya kuat
dan teguh.
Begitulah dengan
iman.
Apabila perkara keimanan
ini boleh diselesaikan,
maka akan selesailah
semua masalah.
Semua nabi dan rasul
menyeru kepada seruan yang satu.
Iaitu beriman kepada
Allah swt dan hari akhirat.
Keimanan adalah dasar
untuk kita menjalani
kehidupan di dunia
ini dengan baik.
Kalau keimanan ini
selesai,
masalah-masalah lain
seperti rosak akhlak,
kebejatan social,
korupsi, hasad dengki,
pergaduhan dan
kelemahan umat,
semuanya akan
selesai.
Justeru, kita perlu
perkemaskan keimanan kita.
Kita lihat para
sahabat Rasulullah saw.
Apabila keimanan
terbentuk kemas,
di situlah kita dapat
melihat lahirnya
peribadi-peribadi seperti
Abu Bakr RA,
Umar al-Khattab RA,
Abdurrahman bin Auf
RA,
Suhaib ar-Rumi RA,
Bilal bin Rabah RA,
Sa’ad bin Mu’az RA,
Abu Talhah RA,
Ummu Sulaym RH,
Nusaibah RH,
Fatimah RH
dan ramai lagi
Sahabat yang kita kagumi
sahsiah mereka
sehingga ke hari ini.
Suhaib ar-Rumi RA
sanggup berhijrah meninggalkan
Makkah sehelai sepinggang,
sedangkan dia adalah
pedagang yang amat kaya.
Keimanannya
membuatkan dia sanggup
mengorbankan harta
yang dia sayangi.
Ini kerana, ketika
itu dia mencintai Allah
lebih daripada segala perkara.
Kalau harta yang
bernilai jutaan ringgit
sanggup dia tinggalkan
demi mentaati Allah,
apakah arahan-arahan
Allah swt sanggup dia abaikan ?
Abu Bakr pula
menginfakkan seluruh hartanya.
Apabila Rasulullah
saw bertanya,
“ Apakah yang kamu
tinggalkan untuk keluarga kamu,
wahai Abu Bakr ? “
Dia menjawab dengan
tenang,
“ Saya tinggalkan
mereka dengan Allah dan Rasul. “
Ini hasil daripada
keimanan.
Apakah orang begini
akan menjadi
pemimpin yang korup ?
Keimanan Abu Bakr
jika disukat dengan semua
keimanan makhluk yang
ada,
sampai hari kiamat
pun timbangannya tetap lebih berat.
Keimanan ini sampai
kita percaya bahawa
Allah swt sahajalah
yang paling berkuasa.
Menguasai semua.
Kita lihat pula satu
contoh bagaimana keimanan
menyelesaikan masalah
masyarakat.
Kita ambil contoh
popular, yakni arak.
Direkodkan bahawa Amerika
Syarikat pernah berusaha
mengharamkan arak dengan
menggunakan teknik saman,
teknik penjara dan
sebagainya.
Tetapi mereka tidak berjaya,
malah rugi berbilion Dollar.
Sekarang, mari kita
lihat,
bagaimana keadaan
masyarakat yang telah
diproses keimanan mereka.
Apabila Allah swt
menurunkan ayat ketiga berkenaan arak,
yakni ayat
pengharaman arak,
para Sahabat serta-merta meninggalkannya.
Ketika ayat itu
diturunkan,
ada yang sedang meneguk arak.
Mereka serta-merta
menghamburkannya.
Tempayan-tempayan
arak dipecahkan.
Malah dinyatakan
ketika itu,
Madinah dibanjiri
arak apabila
ayat pengharaman arak turun.
Allah berfirman yang
bermaksud,
“ Wahai orang-orang
yang beriman!
Bahawa sesungguhnya
arak, dan judi, dan pemujaan berhala,
dan mengundi nasib
dengan batang-batang anak panah,
adalah ( semuanya )
kotor ( keji ) daripada perbuatan syaitan.
Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
[ Al-Maidah : 90 ]
Rasulullah saw tidak
mengeluarkan sesen pun.
Tetapi keimanan yang
bergetar dalam jiwa orang beriman itulah
yang membuatkan
mereka menyahut seruan Allah swt tadi.
Sebab ,mereka beriman
bahawa Allah swt tidak akan melarang,
mengharamkan sesuatu
itu,
melainkan perkara
yang dilarang itu
memberikan keburukan
pada mereka.
Begitu sekali kesan
keimanan.
Apakah orang beriman
tidak melakukan dosa ?
Orang beriman juga
ada buat dosa.
Tetapi ada bezanya
orang beriman yang berdosa,
dengan orang tidak
beriman yang berdosa.
Diriwayatkan bahawa
Ka’ab bin Malik
tidak mengikuti
Perang Tabuk.
Apabila Rasulullah
saw pulang,
dia berkata jujur kepada
Rasulullah saw dengan tidak
memberikan alasan yang
tidak sepatutnya.
Sedangkan, bersama beliau,
ramai lagi orang munafik
yang memberikan
pelbagai alasan palsu.
Rasulullah saw tidak
berkata apa-apa
kepada orang-orang
munafik itu.
Tetapi Ka’ab bin
Malik jujur.
Ka’ab bin Malik
dinyatakan berkata,
“ Wahai Rasulullah,
aku boleh sahaja berkata bohong kepadamu
dengan memberikan
alasan yang serupa dengan mereka itu.
Tetapi aku tahu,
Allah swt tahu apakah
aku jujur atau tidak terhadapmu. “
Orang beriman yang berdosa,
akan melihat dosa itu
seperti gunung yang menghempap.
Orang yang tidak beriman,
tidak kemas keimanannya,
apabila berdosa,
dia fikir dosa itu
hanya ibarat lalat yang hinggap di hidung
dan boleh dikuis
pergi dengan mudah.
Sebab itu, keimanan
perlu menjadi titik dorongan kita.
Kita belajar didorong
oleh iman.
Barulah kita belajar
bersungguh-sungguh.
Kita mengajak orang
kepada kebaikan,
perlulah didasari
oleh keimanan.
Barulah ada ketabahan
dan kecekalan.
Kita memerintah negara
juga didorong oleh keimanan,
barulah selamat
daripada korupsi dan salah guna kuasa.
Apa sahaja dalam
hidup ini,
kita perlu
memulakannya dengan keimanan.
Taqwalah yang akan
menjaga kita daripada
semua perlakuan buruk
itu.
Tetapi taqwa hanya datang
selepas kita beriman.
Sebab itu, Allah menyeru
orang-orang beriman untuk
bertaqwa dengan
sebenar-benar ketaqwaan.
Allah swt berfirman yang bermaksud,
“ Wahai orang-orang
yang beriman!
Bertaqwalah kamu
dengan sebenar-benar taqwa,
dan jangan
sekali-kali kamu mati melainkan
dalam keadaan Islam.
“
[ Ali Imran : 102 ]
Akhir sekali,
keimanan itu jugalah yang membuatkan kita
mampu melaksanakan
apa sahaja arahan Allah swt.
Walaupun sukar.
Walaupun seluruh dunia
membenci kita.
Kalu kita tengok,
hari ini seluruh
dunia menggelar Islam agama pengganas.
Ada musuh-musuh Allah
yang benci melihat Islam ini naik.
Keimanan akan
membuatkan kita yakin bahawa
pertolongan Allah itu
dekat.
Di situ kita akan
tabah dan bersungguh-sungguh.
Sebab itu, apabila
Allah swt menyebut
“ Wahai orang-orang
yang beriman…”
dalam Al-Quran,
kita akan rasa
terpanggil,
hati akan rasa
bergetar dengan semua ayat Allah swt.
Kerana kita beriman
dengan-Nya.
Keimanan manusia itu
ada naik turunnya.
Sebab itu,
penting ada sahabat
yang boleh ingat-memperingatkan.
Kerana peringatan itu
berguna
untuk orang yang
beriman.
Allah swt berfirman
yang bermaksud,
“ Dan berilah
peringatan,
sesungguhnya
peringatan itu bermanfaat
untuk orang yang beriman. “
[ Adz-Dzariyyat : 55
]
Kita perlu berusaha
untuk asas keimanan kita.
Barulah mudah untuk
tingkatkan kualiti diri.
Apabila hati-hati itu
terhubung dengan keimanan,
ia akan menghasilkan
sesuatu yang luar biasa.
Source: Novel Sinergi
by Hilal Asyraf
Whatever we do in
this world,
It will be questioned
in the afterlife.
Always be careful !
- Islam unites us all
-
->> We unite
for Islam <<-
^_^
No comments:
Post a Comment