Tuesday, 15 November 2011

:: Sedarlah.. ::


Tanpa kita sedari,
kita sedang menyembah dan mengagungkan
dunia yang fana ini.

Sedarlah..
Islam ini sesuatu yang perlu dirasai dan dihayati.
Sama-samalah kita bertanya diri,
Adakah jiwa kita ini berasa nikmat dengan Islam ?

Sejauh manakah kita mengamalkan
cara hidup Islam
bermula daripada kita bangun Subuh
sehingga waktu kita tidur semula ?

Adakah kita hanya berkata-kata ( bercakap kosong ) ?
Atau kita benar-benar melaksanakannya ?

Orang yang merasai dan menghayati
Islam dalam hidupnya,
setiap tingkah lakunya
seharusnya boleh menjadi qudwah bagi
orang lain.

Jangan biarkan bisikan syaitan mengaburi kejelasan matlamat.
Perbanyakkanlah mujahadah agar kita tidak
ditarik dengan bisikan nafsu.
Apa sahaja yang kita lakukan
biarlah membawa sahsiah ummah.

Apa pun urusan kita,
ikatlah ia dengan Allah.
Apabila diikat dengan makhluk,
jika makhluk itu runtuh,
habislah kita,
turut runtuh sepertinya.

Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran,
dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Allah swt berfirman yang bermaksud,
“ Dan berikanlah peringatan,
sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman. “
[ Adz-Dzariyyat : 55 ]

Rendahkanlah diri sama ada dalam posisi
orang yang menasihati ataupun dinasihati.
Orang yang menasihati perlu berfikir
banyak kali akan cara yang paling
berhikmah dan orang yang dinasihati perlu cepat
menerima jika sesuatu itu merupakan
suatu kebenaran Allah swt.

Datangnya kita daripada Allah swt.
Pulang pun nanti kepada-Nya  juga.

Adakah masuk akal jika kita katakan
hidup kita yang berada  di antara kedatangan dan kepulangan itu,
untuk bukan selain Allah swt ?

Akhirnya, jika kita lihat dengan teliti,
hidup ini adalah untuk menggapai redha Allah swt.
Tiada matlamat lain.

Allah swt berfirman yang bermaksud,
“ Apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu
untuk bermain-main ( sia-sia ) ?
Dan kamu ( menyangka ) kepada Kami ( bahawa kamu ) tidak akan dikembalikan ? “
[ Al-Mu’minun : 115 ]

Hidup ini untuk mencari redha Allah swt.         
Hidup ini untuk mencari redha Allah swt.
Hidup ini untuk cari redha Allah swt.
Semaikan dalam-dalam di lubuk hati.
Hidup ini untuk mencari redha Allah swt.



Maka, setiap apa yang kita lakukan di muka bumi ini adalah
dengan niat untuk melamar redha-Nya.
Hadirkanlah Allah dalam setiap langkahmu.

Jika Allah redha,
maka syurga lah tempat istirahat kita.

Hanya redha Allah lah yang kekal.
Orang beriman akan berasa seronok dengan Allah.
Pada hati-hati orang beriman lah Allah campakkan ketenangan.
Hidup orang yang beriman diserahkan untuk
beriltizam dengan agama Allah swt sepenuhnya.
Bukan separuh-separuh.

Manusia, cukupkah sekadar menjadi manusia ?
Muslim, cukupkah sekadar menjadi muslim ?
Mukmin, cukupkah sekadar menjadi mukmin ?
Manusia, muslim dan mukmin wajib meningkatkan tahap keimanan dan taqwa.
Semakin meningkat tahap ketaqwaan orang itu,
tandanya dia mencari keredhaan Allah dan mencari rahmat Allah.
Orang yang mendapat rahmat Allah,
orang itu bahagia di akhirat kelak.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“ Allah berfirman :
Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh,
sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata,
didengari oleh telinga dan tidak terlintas di hati manusia. “
= Riwayat Al-Bukhari dan Muslim =

Hidup meriah dengan roh ukhuwah
Lidah basah dengan dakwah
Hati tenang dengan zikrullah
Malam hangat dengan muhasabah
Ikrar untuk hidup dan mati
demi Allah
membentuk sahsiah
yang tinggi dan terpuji
Sering meniti di bibir kalimah
azimat buat semua
iaitu cinta Allah, cinta sejati
Rasulullah qudwah hakiki, kekasih hati
perlu diikuti..

Apakah kemuliaan yang lebih besar ?
Apakah kesenangan yang lebih besar ?
Selain Allah swt bersama kita ?

Allah berfirman yang bermaksud,
“ Hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang
menyeru kepada kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf
dan mencegah dari yang mungkar.
Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. “
[ Ali-Imran : 104 ]

Tidak mahukah kita termasuk orang-orang yang beruntung ?
Mari sama-sama kita tanamkan hasrat dan cita-cita baru,
yakni membawa Islam secara unik, efektif dan sarat hikmah.
Jadilah promoter Islam.
Promoter agama kita yang tercinta.



Sekurang-kurangnya,
pamerkanlah imej seorang muslim pada diri kita
di mata masyarakat.
Islam itu indah.
Yang susah itu tarbiyah, sabar itu indah.

If not us, then who?
If not now, then when?

Whatever we do in this world,
It will be questioned in the afterlife.
Always be careful !

- Islam unites us all -
->> We unite for Islam <<-
^_^

1 comment: