Sedarlah..
Islam ini sesuatu
yang perlu dirasai dan dihayati.
Sama-samalah kita
bertanya diri,
Adakah jiwa kita ini
berasa nikmat dengan Islam ?
Rasa diri disayangi
dan dicintai oleh seseorang itu
sangat bermakna buat
diri kita yang dahagakan
kasih sayang sesama manusia.
Perasaan cinta dan sayang
lahir
dari hati yang tulus
dan ikhlas.
Cinta yang
dikehendaki oleh Allah ialah cinta kerana Allah
sepertimana hadis berikut.
Daripada Mu’az bin
Anas al-Jahni yang meriwayatkan bahawa
Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud,
“ Sesiapa sahaja yang
memberi kerana Allah,
menolak kerana Allah,
mencintai kerana Allah,
membenci kerana Allah dan
menikah kerana Allah,
maka bererti ia telah sempurna imannya. “
= Riwayat al-Hakim =
Daripada Anas bin
Malik,
Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud,
“ Sesiapa pun tidak
akan merasakan manisnya iman,
sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana
Allah semata. “
= Riwayat al-Bukhari
=
Berikut antara
sifat-sifat orang yang mencintai
saudaranya kerana
Allah :
::: mendoakan saudaranya :::
Ingatan yang tulus
ikhlas itu tergambar
dengan iringan doa
kepada sahabatnya
walaupun kita tidak
berada bersama-samanya.
Ganjarannya sangat besar untuk kedua-duanya.
Diriwayatkan bahawa
Nabi saw bersabda yang bermaksud,
“ Sesiapa yang
mendoakan saudaranya pada saat
dia tidak bersama-samanya,
maka malaikat yang diamanahkan untuk
menjaga dan
mengawasinya berkata :
‘ Semoga Allah mengabulkan dan bagimu
semoga mendapat yang
sama dengannya.’ “
= Riwayat Muslim =
::: mengunjungi :::
Disunatkan bagi kita
mengunjungi saudara kita
untuk bertanya khabar
dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Kunjung-mengunjungi
dengan hadir bersama buah tangan
dapat menguatkan lagi rasa sayang dan menjadi
petanda
bahawa kita mengambil berat tentang dirinya.
::: memberi bantuan :::
Pertolongan dan
bantuan segera dihulurkan
kepada saudara kita
yang memerlukan.
Kita seharusnya
sentiasa berusaha membantu
memenuhi keperluan
saudara Muslim yang lain
dan berusaha
menghilangkan segala kesusahannya.
Kepayahan dan
kesusahan yang dialami oleh saudara kita itu
dapat ditempuhi
bersama.
Kita akan berasa
bahagia apabila saudara kita bahagia.
::: melakukan perkara yang disukai :::
Diriwayatkaan oleh
al-Tabrani dalam kitab al-Saghir,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“ Sesiapa yang
menemui saudaranya yang Muslim dengan
menampakkan perkara
yang disukainya kerana ingin membahagiakannnya,
maka Allah akan
memberikan kebahagiaan kepadanya pada hari kiamat. “
= Riwayat al-Tabrani
=
::: penampilan wajah berseri-seri :::
Seorang Muslim
menemui saudaranya dengan wajah berseri-seri
dikira sebagai satu
amal kebaikan.
Diriwayatkan daripada Abu Zar, ia berkata
bahawa
Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud,
“ Janganlah
meremehkan kebaikan sedikit pun,
walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan
wajah yang berseri-seri. “
= Riwayat Muslim =
::: memberi hadiah :::
Memberi buah tangan
atau hadiah kepada saudara kita sangat digalakkan.
Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud,
“ Kalian harus saling
memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai. “
= Riwayat al-Bukhari =
Termasuk
memberikan balasan hadiah yang setimpal
adalah jika seorang
Muslim mengatakan kepada saudaranya :
“ Jazakallah khairan”,
ertinya semoga Allah
membalasmu dengan kebaikan.
Al-Tirmizi
meriwayatkan daripada Usamah bin Zaid, bahawa
Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud,
“ Sesiapa yang diberi
kebaikan kemudian ia berkata
kepada orang yang
memberikan kebaikan :
‘Jazakallah khairan’
( semoga Allah membalasmu
dengan kebaikan ),
maka sungguh dia telah memberikan pujian yang
sangat baik. “
= Riwayat al-Tirmizi
=
::: memberi maaf :::
Bermaaf-maafan antara
saudara harus menjadi amalan
semua umat Islam kerana ia akan
memelihara
keharmonian sejagat.
Kita juga tidak harus menyimpan rasa dendam
kerana ia akan
menimbulkan kebencian,
kebencian akan
membuatkan umat Islam berpecah belah.
Tidak ada manusia
yang tidak melakukan kesilapan.
Dengan memberi maaf,
semoga kita juga akan dimaafkan.
::: menyimpan rahsia :::
Wajib menjaga rahsia
seorang Muslim.
Abu Daud dan al-Tirmizi meriwayatkan daripada
Jabir, sesungguhnya
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“ Jika seseorang
berkata kepada orang lain dengan suatu perkataan,
kemudian ia menoleh (
melihat sekelilingnya ),
maka pembicaraan itu
adalah amanah. “
Amanah ini merupakan
perkara yang amat berat untuk dijaga.
= Riwayat Abu Daud
& al-Tirmizi =
Mari refleksi diri.
Adakah kita miliki sifat-sifat di atas ?
Adakah kita cintai
sahabat kita kerana Allah ?
Tajdid niat di lubuk
hati.
Dan berusaha untuk
memiliki sifat-sifat
sahabat yang
mencintai sahabatnya kerana Allah swt.
Source : Solusi No 36
by HJ. Zainuddin Ali
Whatever we do in
this world,
It will be questioned
in the afterlife.
Always be careful !
- Islam unites us all
-
->> We unite
for Islam <<-
^_^