Saturday 19 November 2011

:: kau SaHaBaT ku ::




Sedarlah..
Islam ini sesuatu yang perlu dirasai dan dihayati.
Sama-samalah kita bertanya diri,
Adakah jiwa kita ini berasa nikmat dengan Islam ?

Allah berfirman yang bermaksud,
“ Pada hari itu sahabat-sahabat karib ;
setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,
kecuali orang-orang yang persahabatannya
berdasarkan taqwa ( iman dan amal soleh ). “
[ Az-Zukhruf : 67 ]

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *

“ Asid, kita sudah bersahabat berapa lama? “

“ Kenapa Tanya ? “

“ Saja. “

“ Sekarang kita tingkatan tiga.
Empat tahunlah, kalau campur dengan darjah enam. “

“ Empat tahun. Rasa macam baru semalam, bukan ? “

“ Ha ha ! Jangan cakap begitu. 
Aku sudah lama berhenti merokok. “

Irfan turut ketawa.

 Teringatkan Asid yang dahulu—selekeh, berambut panjang dan kaki rokok.

“ Kenapa tiba-tiba bawa udara nostalgia ini? Kena sampuk? “

“ Tak adalah. Aku sebenarnya mahu ajak kau buat satu benda. “

“ Apa dia? “

“ Mari kita perbaharui persahabatan kita? “

“ Perbaharui persahabatan kita, ya? “

“ Em, ya. “

“ Perbaharui macam mana lagi? Tak cukup elok-kah? “

Irfan menggeleng.

“ Di sekolah aku sekarang, aku belajar bahawa, semua perkara
perlu dibina atas dasar keimanan kepada Allah. “

“ Persahabatan kita bukan begitukah? “

“ Begitu, tetapi dalam keadaan kita tidak faham.
Sekarang, aku mahu kita sama-sama faham bahawa
persahabatan kita terbina atas dasar iman.
Aku tak berkawan dengan kau sebab aku mahukan harta kekayaan kau,
aku kagum dengan rupa paras kau, atau sebagainya.
Aku berkawan dengan kau, hanya kerana Allah. “

“ Oh, jadi, aku pun perlu berkawan dengan kau
hanya kerana Allah sahajalah?
Bukan sebab kau pandai, kau baik, kau bagus. Begitu? “

Irfan mengangguk.

“ Dan bersahabat atas iman ini, ada satu syarat. “

“ Apa syaratnya? “

“ Saling lengkap-melengkapi dalam menjadi hamba Ilahi yang baik. “

“ Insya-Allah. Kau perlu banyak bimbing aku, Irfan.

“ Insya-Allah, kita sama-sama usaha. “

“ Em, aku nak tanya.
 Kenapa kita perlu bangunkan
persahabatan kita atas dasar keimanan? “

“ Sebab iman sahaja yang kita mahu bawa hingga ke akhirat.
Rumah, harta akan hancur.
 Rupa paras akan hodoh.
Kebaikan akan diuji.
Keimanan kepada Allah, kita hendakkan redha Allah swt.
Redha Allah, kita akan kejar sampai mati,
dan kita hendakkannya di akhirat nanti.
Kita mahu, persahabatan kita ini,
Allah kira sebagai ibadah. “

“ Kalau macam tu, apa sebab pun
persahabatan kita tak akan putus? “

“ Apa sebab pun.
Hatta kalau kau terjun ke neraka,
 aku akan terjun sama untuk menarik kau,
naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga. “

“ Begitu? ”

“ Begitulah. “

“ Janji? “

“ Aku janji. “

“ Maka kau, Irfan, sahabat aku atas keimanan ini.
 Jangan kau lepaskan aku. “

Asid menghulurkan tangan.
Irfan menjabat.

“ Maka kau, Asid, sahabat aku atas keimanan ini.
Aku takkan lepaskan kau,
dan kau jangan lepaskan aku. “

“ Walau apa pun terjadi. “

“ Walau apa pun yang terjadi. “

Irfan dan Asid tersenyum. Rasa bahagia.

Asid menitiskan air mata.
Dia duduk di kerusi dengan dilindungi pohon zaitun.
Hatinya tercalar-calar.
Sahabatnya. Dan cintanya.
Terbayang sebentar dia akan wajah Sara Nasuha.

Ya Allah… .
Inikah yang Engkau hendak uji?
Kau hendak uji keimanan aku?
Apa sebenarnya yang hendak Kau tunjukkan kapada aku?
Tidak dia sangka, perkara sebegini akan terjadi.
Antara ujian terbesar yang pernah dia hadapi.
Nampaknya  memang benar, tiada hidup yang tidak ada ujian.
Setiap perkara, ada masalahnya tersendiri.
Setiap benda, ada ujian masing-masing.
Hatta persahabatan yang didirikan atas keimanan.

- Excerpt taken from novel Sinergi by Hilal Asyraf -

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *

Adakah persahabatan antara kita atas dasar iman ?
Sudahkah kita perbaharuinya ?
Jom perbaharui persahabatan antara kita.
Maka, dengan ini, kalian sahabatku atas dasar keimanan ini,
aku tidak akan melepaskan kalian,
dan kalian, sahabatku,
jangan sesekali lepaskan aku.
Walau apa pun yang terjadi.
Apa-apa sebab pun,
persahabatan antara kita tidak akan putus.
Amin ya rabbal ‘alamin.

Terima kasih sahabat-sahabatku.
Kerana sudi menjadi sahabatku.,
^.^




Apabila semua dihubungkan dengan keimanan,
maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Andai kamu ingin bersahabat,
jangan kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan satu kelemahannya,
kamu akan menjauhinya.
Andai kamu ingin bersahabat,
jangan kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
kamu akan membencinya.
Andai kamu ingin bersahabat,
jangan kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
kamu mungkin akan memfitnahnya.
Andai kamu ingin bersahabat,
jangan kerana sifat cerianya,
kerana apabila dia bermuram,
kamu akan menyalahkannya.
Andai kamu ingin bersahabat,
bersahabatlah kerana Allah,
kerana kamu pasti akan terima dia seadanya,
baik buruknya,
kerana dia juga insan biasa.


“ Di sekita Arasy ada menara-menara dari cahaya.
Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya,
dan wajah mereka bercahaya.
Mereka bukan para Nabi dan syuhada,
tapi para Nabi dan syuhada iri hati kepada mereka.
Ketika ditanya oleh para sahabat,
Rasulullah saw menjawab,
mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah,
saling bersahabat kerana Allah,
dan saling berkunjung kerana Allah.
= Hadith Riwayat Tirmizi =

Ku pohon ya Allah,
Sertakanlah aku dan sekalian sahabatku
dalam golongan yang beroleh ganjaran itu,
Ikhlaskan hati-hati kami dalam persahabatan ini
semata-mata hanya kerana-Mu,
Berkatilah persahabatan ini kerana terjalinnya ia dengan izin-Mu,
Pelihara dan lindungilah persahabatan kami daripada
perkara-perkara yang menjadi larangan-Mu,
Ku mohon agar persahabatan ini adalah persahabatan
yang mengingatkan kami kepada-Mu setiap ketika,
Mendamba cinta-Mu saban waktu,
Ya Allah,
Aku tidak berdaya kehilangan permata berharga ini,
Maka Kau pertemukanlah kami semula di syurga kelak,
Kerana aku benar-benar mengasihi
sahabat-sahabatku ini melebihi diriku sendiri.
Amin ya rabbal ‘alamin.

Whatever we do in this world,
It will be questioned in the afterlife.
Always be careful !

- Islam unites us all –
->> We unite for Islam <<-
^_^

2 comments:

  1. slm wrh.."sahabat yg baik,apabila dipandang wajahnya,membawa mengingati Allah,mendengarkan kata2nya menambahkan ilmu,terlihat gerak gerinya meninggikan takut kpd Allah,berkawan dgnnya berjuang ke jalan Allah"..tq kinah..teruslah menegur n mengingatkan sahabatmu ini..uhibbuki fillah ya ukhti..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam warahmatullah..
    insyaAllah..fqah tegur sy jgk..
    kita sama2 eah..
    kita x tahu ape akn berlaku esok hari..
    uhibbuki fillah aidhan ya ukhti.. ^_^
    sahabat dunia akhirat...amin ya Rabb...

    ReplyDelete