Saturday 12 November 2011

:: harapan HamBa hiNa ::




Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
 Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
 Penulisan ini bukan kerana harta,
 Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
 Bukan juga kerana terpaksa,
 Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
 Ini bukan kerana sesiapa,
 Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
 Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
 Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
 Gerbang menuju Jannah.

 Dan apa yang ku harapkan,
 semoga dengan penulisan ini,
 aku dapat meninggalkan sesuatu yang bermanfaat,
 buat sahabat-sahabat yang masih di dunia,
 apabila aku telah kembali menghadap Ilahi,
 suatu hari nanti,
 dan semoga ia dapat menjadi bekalan buatku,
 di akhirat kelak,
 amin ya Rabb.
 sahabat doakan untuk aku ya.


sebelum mata terlena
wahai Yang Maha Mendengar
dengarlah rintihan hati ini
oh Tuhan..beratnya dosa kami
tak terdaya untuk dipikul sendiri
andainya esok bukan milik kami lagi
dan mata pun tidak pasti akan terbuka lagi



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan
kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa.
Selawat dan salam ke atas Rasul kami,
Nabi Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga
dan sekalian para sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhanku!
Rahmatilah aku dengan Al-Qur’an dan jadikanlah Al-Qur’an bagiku
sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.

Ya Allah, Ya Tuhanku!
Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Qur’an.
Ajarkanlah aku daripada Al-Qur’an apa yang belum aku ketahui.
Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang,
dan jadikanlah Al-Qur’an itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat),
wahai Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah, Ya Tuhanku!
Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku.
Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku.
Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku,
dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan,
serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, Ya Tuhanku!
Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya,
sebaik-baik amalku pada penyudahannya
dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, ya Tuhanku!
Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang,
kematian dalam kebenaran dan
tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.

Ya Allah, Ya Tuhanku!
Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan,
sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu,
sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran,
sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian.
Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta
beratkanlah timbanganku.
Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku.
Ampunkanlah kesalahan-kesalahanku
dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhanku!
Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu,
juga apa-apa yang memastikan
keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa,
keuntungan daripada segala kebaikan,
kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.

Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami,
hindarilah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu,
yang dengannya dapat menghalang kami berlaku maksiat kepada-Mu,
kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu yang
dapat menyampaikan kami dengannnya ke syurga-Mu,
kurniakanlah kami keyakinan yang dapat
meringankan musibah dunia yang menimpa kami,

berikanlah kami dapat menikmati pendengaran-pendengaran kami,
penglihatan-penglihatan kami,
kekuatan-kekuatan kami selama Engkau masih hidupkan kami,
dan jadikanlah semua itu warisan kami,
balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami,
bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami,
janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami,
 janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami,
jangan pula dijadikannya nilaian pengetahuan kami serta
 janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai
 rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Jangan Engkau biarkan kami sebarang dosa
melainkan Engkau mengampunkannya,
tiada seberang kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya,
tidak juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk)
menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat
melainkan Engkau menyempurnakannya,
wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.

Wahai Tuhan kami!
Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan lindungilah kami daripada azab neraka.

Selawat dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.


amin..ya rabbal 'alamin..

_______________________________________________________


I want to die with my forehead on the ground
The sunnah in my heart
Allah on my mind
Quran on my tongue and tears in my eyes
Aamiin Ya Rabb



Whatever we do in this world,
It will be questioned in the afterlife.
Always be careful !

- Islam unites us all -
->> We unite for Islam <<-

^_^

1 comment: