Saturday, 19 November 2011

:: kau SaHaBaT ku ::




Sedarlah..
Islam ini sesuatu yang perlu dirasai dan dihayati.
Sama-samalah kita bertanya diri,
Adakah jiwa kita ini berasa nikmat dengan Islam ?

Allah berfirman yang bermaksud,
“ Pada hari itu sahabat-sahabat karib ;
setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,
kecuali orang-orang yang persahabatannya
berdasarkan taqwa ( iman dan amal soleh ). “
[ Az-Zukhruf : 67 ]

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *

“ Asid, kita sudah bersahabat berapa lama? “

“ Kenapa Tanya ? “

“ Saja. “

“ Sekarang kita tingkatan tiga.
Empat tahunlah, kalau campur dengan darjah enam. “

“ Empat tahun. Rasa macam baru semalam, bukan ? “

“ Ha ha ! Jangan cakap begitu. 
Aku sudah lama berhenti merokok. “

Irfan turut ketawa.

 Teringatkan Asid yang dahulu—selekeh, berambut panjang dan kaki rokok.

“ Kenapa tiba-tiba bawa udara nostalgia ini? Kena sampuk? “

“ Tak adalah. Aku sebenarnya mahu ajak kau buat satu benda. “

“ Apa dia? “

“ Mari kita perbaharui persahabatan kita? “

“ Perbaharui persahabatan kita, ya? “

“ Em, ya. “

“ Perbaharui macam mana lagi? Tak cukup elok-kah? “

Irfan menggeleng.

“ Di sekolah aku sekarang, aku belajar bahawa, semua perkara
perlu dibina atas dasar keimanan kepada Allah. “

“ Persahabatan kita bukan begitukah? “

“ Begitu, tetapi dalam keadaan kita tidak faham.
Sekarang, aku mahu kita sama-sama faham bahawa
persahabatan kita terbina atas dasar iman.
Aku tak berkawan dengan kau sebab aku mahukan harta kekayaan kau,
aku kagum dengan rupa paras kau, atau sebagainya.
Aku berkawan dengan kau, hanya kerana Allah. “

“ Oh, jadi, aku pun perlu berkawan dengan kau
hanya kerana Allah sahajalah?
Bukan sebab kau pandai, kau baik, kau bagus. Begitu? “

Irfan mengangguk.

“ Dan bersahabat atas iman ini, ada satu syarat. “

“ Apa syaratnya? “

“ Saling lengkap-melengkapi dalam menjadi hamba Ilahi yang baik. “

“ Insya-Allah. Kau perlu banyak bimbing aku, Irfan.

“ Insya-Allah, kita sama-sama usaha. “

“ Em, aku nak tanya.
 Kenapa kita perlu bangunkan
persahabatan kita atas dasar keimanan? “

“ Sebab iman sahaja yang kita mahu bawa hingga ke akhirat.
Rumah, harta akan hancur.
 Rupa paras akan hodoh.
Kebaikan akan diuji.
Keimanan kepada Allah, kita hendakkan redha Allah swt.
Redha Allah, kita akan kejar sampai mati,
dan kita hendakkannya di akhirat nanti.
Kita mahu, persahabatan kita ini,
Allah kira sebagai ibadah. “

“ Kalau macam tu, apa sebab pun
persahabatan kita tak akan putus? “

“ Apa sebab pun.
Hatta kalau kau terjun ke neraka,
 aku akan terjun sama untuk menarik kau,
naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga. “

“ Begitu? ”

“ Begitulah. “

“ Janji? “

“ Aku janji. “

“ Maka kau, Irfan, sahabat aku atas keimanan ini.
 Jangan kau lepaskan aku. “

Asid menghulurkan tangan.
Irfan menjabat.

“ Maka kau, Asid, sahabat aku atas keimanan ini.
Aku takkan lepaskan kau,
dan kau jangan lepaskan aku. “

“ Walau apa pun terjadi. “

“ Walau apa pun yang terjadi. “

Irfan dan Asid tersenyum. Rasa bahagia.

Asid menitiskan air mata.
Dia duduk di kerusi dengan dilindungi pohon zaitun.
Hatinya tercalar-calar.
Sahabatnya. Dan cintanya.
Terbayang sebentar dia akan wajah Sara Nasuha.

Ya Allah… .
Inikah yang Engkau hendak uji?
Kau hendak uji keimanan aku?
Apa sebenarnya yang hendak Kau tunjukkan kapada aku?
Tidak dia sangka, perkara sebegini akan terjadi.
Antara ujian terbesar yang pernah dia hadapi.
Nampaknya  memang benar, tiada hidup yang tidak ada ujian.
Setiap perkara, ada masalahnya tersendiri.
Setiap benda, ada ujian masing-masing.
Hatta persahabatan yang didirikan atas keimanan.

- Excerpt taken from novel Sinergi by Hilal Asyraf -

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *

Adakah persahabatan antara kita atas dasar iman ?
Sudahkah kita perbaharuinya ?
Jom perbaharui persahabatan antara kita.
Maka, dengan ini, kalian sahabatku atas dasar keimanan ini,
aku tidak akan melepaskan kalian,
dan kalian, sahabatku,
jangan sesekali lepaskan aku.
Walau apa pun yang terjadi.
Apa-apa sebab pun,
persahabatan antara kita tidak akan putus.
Amin ya rabbal ‘alamin.

Terima kasih sahabat-sahabatku.
Kerana sudi menjadi sahabatku.,
^.^




Apabila semua dihubungkan dengan keimanan,
maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Andai kamu ingin bersahabat,
jangan kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan satu kelemahannya,
kamu akan menjauhinya.
Andai kamu ingin bersahabat,
jangan kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
kamu akan membencinya.
Andai kamu ingin bersahabat,
jangan kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
kamu mungkin akan memfitnahnya.
Andai kamu ingin bersahabat,
jangan kerana sifat cerianya,
kerana apabila dia bermuram,
kamu akan menyalahkannya.
Andai kamu ingin bersahabat,
bersahabatlah kerana Allah,
kerana kamu pasti akan terima dia seadanya,
baik buruknya,
kerana dia juga insan biasa.


“ Di sekita Arasy ada menara-menara dari cahaya.
Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya,
dan wajah mereka bercahaya.
Mereka bukan para Nabi dan syuhada,
tapi para Nabi dan syuhada iri hati kepada mereka.
Ketika ditanya oleh para sahabat,
Rasulullah saw menjawab,
mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah,
saling bersahabat kerana Allah,
dan saling berkunjung kerana Allah.
= Hadith Riwayat Tirmizi =

Ku pohon ya Allah,
Sertakanlah aku dan sekalian sahabatku
dalam golongan yang beroleh ganjaran itu,
Ikhlaskan hati-hati kami dalam persahabatan ini
semata-mata hanya kerana-Mu,
Berkatilah persahabatan ini kerana terjalinnya ia dengan izin-Mu,
Pelihara dan lindungilah persahabatan kami daripada
perkara-perkara yang menjadi larangan-Mu,
Ku mohon agar persahabatan ini adalah persahabatan
yang mengingatkan kami kepada-Mu setiap ketika,
Mendamba cinta-Mu saban waktu,
Ya Allah,
Aku tidak berdaya kehilangan permata berharga ini,
Maka Kau pertemukanlah kami semula di syurga kelak,
Kerana aku benar-benar mengasihi
sahabat-sahabatku ini melebihi diriku sendiri.
Amin ya rabbal ‘alamin.

Whatever we do in this world,
It will be questioned in the afterlife.
Always be careful !

- Islam unites us all –
->> We unite for Islam <<-
^_^

Friday, 18 November 2011

:: La TaHzAn ::

Sedarlah..
Islam ini sesuatu yang perlu dirasai dan dihayati.
Sama-samalah kita bertanya diri,
Adakah jiwa kita ini berasa nikmat dengan Islam ?

By the name of Allah,

The Most Gracious and The Most Merciful.

Apa khabar hati ?
Masihkah ia seperti embun ?
Menunduk tawaduk di pucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang ?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian..

Apa khabar iman ?
Masihkah ia seperti bintang ?
Terang-benderang menerangi kehidupan..

Apa khabar saudaraku ?
Di manapun kau berada,
Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga serta
memberi kesihatan kepadamu hari ini, esok, dan selamanya..
Amin ya Rabb.

Rintihan hamba kerdil dan lemah.



Pernah kupujuk diri
Di sebalik derita ini
Pasti ada hikmah menanti
Namun, apa yang kudapati
Hanya derita demi
DERITA
Yang terus-menerus menimpa
Entah bila penghujungnya
Apakah ini rahmat penghapus dosa ?
Atau bala yang bertimpa-timpa ?
Oh Tuhan, berikanlah aku
jawapannya.



Kenapa cepat menghukum diri tidak baik ?
Allah kan menyuruh kita sentiasa membaiki diri
dan menjadi lebih baik.
Jangan melabel diri sendiri sebagai tidak baik
sebelum berusaha menjadi baik!

Baik sekarang, tidak semestinya baik selama-lamanya.
Jahat sekarang, tidak semestinya jahat selama-lamanya.

Tapi kene jadi baik sekarang,
kerana hidup kita bukan selamanya.
Dan berusaha istiqamah jadi baik.



Bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu.
Bila kau telah cuba segalanya tapi tidak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian.
Bila tiada bererti buatmu keliru dan kecewa,
Allah ada jawapannya.

Carilah kasih Allah,
luahkan kasihmu pada-Nya.
Lihatlah sungai yang terus mengalir
walaupun banyak batu menghalanginya.



Andai rasa sedih, pandanglah langit,
ingatlah Allah masih ada.
Andai rasa resah, renunglah dasar hati,
yakinlah Allah mencipta hati.
Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir
walau dihalang bebatu keras.
Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta,
percayalah Allah Maha Berkuasa.
Andai rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi,
yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.
Dan kalau segalanya tidak pasti,
serahkan pada Yang Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat.
Moga ketabahan menjadi temanmu.



Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah,
bukan semudah memetik dua jari.
Itupun belum pasti bisa berbunyi.
Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan.
Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk
memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan.
Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan.

Kita kan khalifah,
mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah.
Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah.
Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering
menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan
kita terduduk menangis hiba ?

Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang !
Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu
terus teguh menuju jalan-Nya.
Semoga sentiasa dibelai rahmat kasih Allah.



Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat,
tetapi banyak pula dugaan datang.
Kadang-kadang kita minta ketenangan,
tetapi banyak pula masalah timbul.
Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,
tetapi jadi pula huru-hara.
Dugaan menjadikan kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah.

Hebatkan Allah!

Telah berkata Jibril :
“ Wahai Tuhan, tunaikanlah hajat hamba-Mu. “
Maka Allah menjawab :
“ Biarkan hamba-Ku itu, kerana aku mencintai suaranya. “
= Anas bin Malik =



Yakin pada Allah bukanlah mengharap
terkabulnya segala harapan.
Yakin pada Allah adalah meletakkan
keredhaan pada ketentuan-Nya.
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
Di situ air mata yang menitis terasa bernilai
buat menyiram api neraka.

Indahnya tarbiyah Allah,
tersirat rahmat dan hikmah,
diuji kita sebagai tanda sayang-Nya.
Bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang
amat hebat sebagai tanda kasih-Nya.

Begitulah rupanya berkasih dengan Allah.
Tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah
tapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan,
panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah
kepada hamba-hamba-Nya.

Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya.
Semoga Allah memberikanmu
pelangi untuk setiap hujan,
senyuman untuk setiap tangisan,
rahmat untuk setiap cubaan,
kekuatan untuk setiap dugaan
dan makbul untuk setiap doa.



Hati itu kadang kala perlu jua diketuk dengan ujian,
agar terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada ‘kesukaan’,
tetapi juga selesa dengan ‘kesakitan’.



Disakitkan-Nya kita sekejap,
tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cinta-Nya,
disusahkan sedikit agar insaf,
namun segera disenangkan semula,
itulah belaian-Nya.
Dimarahkan juga kadangkala kerana sayang,
namun tidak lama kerana kasih-Nya.
Dipanggil-panggil kepada-Nya, untuk meminta itu ini.
Allah amat melayani hamba-Nya,
tapi si hamba tidak peduli langsung.
~ Saidina Ali ~



When God drops a needle and pin along your path, don’t step away.
Instead pick it up and collect them.
They were designed to teach you,
to be strong and wise.



Takdir kadang-kadang mempertemukan sesuatu yang tak diundang,
menduga dalam bermacam ragam,
memberi apa yang tidak dirancang,
membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan,
dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan,

namun takdir memberi kita erti perkenalan,
menyulam erti kasih sayang,
mengenali erti sebuah persahabatan,
merasai erti kegembiraan,
mengenali sebuah ketabahan
dan memberi erti sebuah keakraban,
memberi peluang menilai siapa sahabat,
kawan dan siapa sekadar kenalan dalam mengisi
ruang dalam episod kehidupan.



Allah never promise that life would be easy,
but He promise to go with you in every step of your life,
with Him by your side,
Keep up your effort and pray.



Ingatlah wahai orang-orang yang menerima ujian,
jangan sedih kerana keadaan susah dan payah
akan menjadi penyebab doa makbul.



When you have difficulties in life, don’t say:
Oh my God! I have a big problem!!
But say:
Hi problem.. I have a big God..
Allahurabbi..



Allah terlalu sayangkan kamu.
Kamu insan terpilih untuk menghadapi
semua ini.
Ku tahu, ujian ini berat,
malah datangnya bertimpa-timpa,
itulah tandanya orang yang menerimanya
sangat hebat,
diuji sedemikian rupa,
sabarlah sahabatku,
kita tiada daya upaya untuk
menolak ketentuan-Nya.



Semua yang Allah bagi adalah kebaikan belaka,
sama ada reward atau punishment.
Reward untuk disyukuri.
Punishment untuk kita perbaiki diri.

Semua itu merupakan peluang pahala bagi kita
jika kita menghadapinya dengan tabah.



Kita perlu kritik kelemahan diri,
tetapi tidak boleh sampai menjatuhkan
dan melemahkan semangat kita sendiri.
Allah ciptakan kelemahan kita untuk diperbaiki bukan diratapi.
Semua yang berlaku perlu dianggap tarbiyah daripada Allah.











Renung, hayati dan teliti
ayat-ayat cinta dan motivasi daripada
Sang Pencipta kita,
pemilik cinta teragung
buat hamba-hamba-Nya.



“ Jika kamu tidak menolongnya, ( Muhammad ),
sesungguhnya Allah telah menolongnya ( iaitu ) ketika
orang-orang kafir mengusirnya ( dari Mekah );
sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya
berada di dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya,

“ Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. “

Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya ( Muhammad )
dan membantu dengan bala tentera ( malaikat-malaikat )
yang tidak terlihat olehmu,
dan Dia menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah.
Dan firman Allah itulah yg tinggi.
Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. “

~At-Taubah ; 40



“ Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan ( kepada Allah )
dengan sabar dan solat.
Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. “

[ Al-Baqarah : 153 ]



“ ( Iaitu ) orang-orang ( yang mentaati Allah dan Rasul )
yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya.
“ Orang-orang ( Quraisy ) telah mengumpulkan
pasukan untuk menyerang kamu,
kerana itu takutlah kepada mereka,”
ternyata ( ucapan ) itu menambah ( kuat ) iman mereka
dan mereka menjawab,
Cukuplah Allah ( menjadi penolong ) bagi kami
dan Dia sebaik-baik pelindung.

[ Ali-Imran : 173 ]



“ Katakanlah,
“ Pertolongan itu hanya milik Allah semuanya.
Dia yang memiliki kerajaan langit dan bumi.
Kemudian, kepada-Nya kamu dikembalikan. “

[ Az-Zumar : 44 ]



“ Wahai anak-anakku!
Pergilah kamu,
carilah ( berita ) tentang Yusuf dan saudaranya dan
jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah,
hanyalah orang-orang yang kafir. “

[ Yusuf : 87 ]



“ Katakanlah, ‘ Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.

Sungguh,
Dialah Yang Maha Pengampun,
Maha Penyayang.
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu,
dan berserah dirilah kepada-Nya
sebelum datang azab kepadamu,
kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu
( Al-Quran ) dari Tuhanmu sebelum datang
azab kepadamu secara mendadak,
sedang kamu tidak menyedarinya. “

[ Az-Zumar : 53-54 ]



Apabila kamu merasakan kamu tidak yakin dan
tidak mampu melakukan sesuatu perkara,
ucapkanlah berulang kali,

“ La hau la wala quwwata illa billah. “

“ Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. “



“ Dan mengapa ketika engkau memasuki
kebunmu tidak mengucapkan
‘ Masya Allah, la quwwata illa billah ‘
( Sungguh, atas kehendak Allah, semua ini terwujud ),
tidak ada kekuatan kecuali dengan ( pertolongan ) Allah,
sekalipun engkau anggap harta dan keturunanku
lebih dedikit daripadamu. “

[ Al-Kahfi : 39 ]


Orang yang faham bahawa umur dunia singkat,
harta dunia sedikit,

perlakuan & perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti,
maka ia tidak akan bersedih dan berputus asa.


Ampuni diri kami ya Allah,
betapa kami tidak mensyukuri selautan nikmat
yang telah Kau curahkan dalam kehidupan kami.
Hingga kami hanya mampu menangisi apa yang telah tiada
sedangkan jarang sekali kami menghitung
nikmat dari-Mu yang tidak putus.
Kami belajar ya Allah.
Tiada apa yang akan menjadi milik kekal melainkan
segalanya adalah pinjaman dari-Mu
dan Kau berhak menariknya bila-bila masa,
kebaikan dan kegembiraan itu segalanya kurnia dari-Mu ya Allah.

Ya Allah,
bantulah kami untuk sentiasa mensyukuri nikmat-Mu.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
bantulah saudara-saudara muslim kami.
Bimbing dan teguhkanlah langkah kami
dalam mengubah kehidupan kami.

Ya Allah,
kurniakanlah kami mata-mata yang menangis kerana-Mu,
bukan mata-mata yang menangis kerana selain-Mu.
Amin ya Rabb.




:: Rahmat Ujian ~ Mestica ::

:: Segenggam Tabah ~ In-Team ::


Whatever we do in this world,
It will be questioned in the afterlife.
Always be careful !

- Islam unites us all -
->> We unite for Islam <<-
^_^

Tuesday, 15 November 2011

:: Sedarlah.. ::


Tanpa kita sedari,
kita sedang menyembah dan mengagungkan
dunia yang fana ini.

Sedarlah..
Islam ini sesuatu yang perlu dirasai dan dihayati.
Sama-samalah kita bertanya diri,
Adakah jiwa kita ini berasa nikmat dengan Islam ?

Sejauh manakah kita mengamalkan
cara hidup Islam
bermula daripada kita bangun Subuh
sehingga waktu kita tidur semula ?

Adakah kita hanya berkata-kata ( bercakap kosong ) ?
Atau kita benar-benar melaksanakannya ?

Orang yang merasai dan menghayati
Islam dalam hidupnya,
setiap tingkah lakunya
seharusnya boleh menjadi qudwah bagi
orang lain.

Jangan biarkan bisikan syaitan mengaburi kejelasan matlamat.
Perbanyakkanlah mujahadah agar kita tidak
ditarik dengan bisikan nafsu.
Apa sahaja yang kita lakukan
biarlah membawa sahsiah ummah.

Apa pun urusan kita,
ikatlah ia dengan Allah.
Apabila diikat dengan makhluk,
jika makhluk itu runtuh,
habislah kita,
turut runtuh sepertinya.

Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran,
dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Allah swt berfirman yang bermaksud,
“ Dan berikanlah peringatan,
sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman. “
[ Adz-Dzariyyat : 55 ]

Rendahkanlah diri sama ada dalam posisi
orang yang menasihati ataupun dinasihati.
Orang yang menasihati perlu berfikir
banyak kali akan cara yang paling
berhikmah dan orang yang dinasihati perlu cepat
menerima jika sesuatu itu merupakan
suatu kebenaran Allah swt.

Datangnya kita daripada Allah swt.
Pulang pun nanti kepada-Nya  juga.

Adakah masuk akal jika kita katakan
hidup kita yang berada  di antara kedatangan dan kepulangan itu,
untuk bukan selain Allah swt ?

Akhirnya, jika kita lihat dengan teliti,
hidup ini adalah untuk menggapai redha Allah swt.
Tiada matlamat lain.

Allah swt berfirman yang bermaksud,
“ Apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu
untuk bermain-main ( sia-sia ) ?
Dan kamu ( menyangka ) kepada Kami ( bahawa kamu ) tidak akan dikembalikan ? “
[ Al-Mu’minun : 115 ]

Hidup ini untuk mencari redha Allah swt.         
Hidup ini untuk mencari redha Allah swt.
Hidup ini untuk cari redha Allah swt.
Semaikan dalam-dalam di lubuk hati.
Hidup ini untuk mencari redha Allah swt.



Maka, setiap apa yang kita lakukan di muka bumi ini adalah
dengan niat untuk melamar redha-Nya.
Hadirkanlah Allah dalam setiap langkahmu.

Jika Allah redha,
maka syurga lah tempat istirahat kita.

Hanya redha Allah lah yang kekal.
Orang beriman akan berasa seronok dengan Allah.
Pada hati-hati orang beriman lah Allah campakkan ketenangan.
Hidup orang yang beriman diserahkan untuk
beriltizam dengan agama Allah swt sepenuhnya.
Bukan separuh-separuh.

Manusia, cukupkah sekadar menjadi manusia ?
Muslim, cukupkah sekadar menjadi muslim ?
Mukmin, cukupkah sekadar menjadi mukmin ?
Manusia, muslim dan mukmin wajib meningkatkan tahap keimanan dan taqwa.
Semakin meningkat tahap ketaqwaan orang itu,
tandanya dia mencari keredhaan Allah dan mencari rahmat Allah.
Orang yang mendapat rahmat Allah,
orang itu bahagia di akhirat kelak.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“ Allah berfirman :
Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh,
sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata,
didengari oleh telinga dan tidak terlintas di hati manusia. “
= Riwayat Al-Bukhari dan Muslim =

Hidup meriah dengan roh ukhuwah
Lidah basah dengan dakwah
Hati tenang dengan zikrullah
Malam hangat dengan muhasabah
Ikrar untuk hidup dan mati
demi Allah
membentuk sahsiah
yang tinggi dan terpuji
Sering meniti di bibir kalimah
azimat buat semua
iaitu cinta Allah, cinta sejati
Rasulullah qudwah hakiki, kekasih hati
perlu diikuti..

Apakah kemuliaan yang lebih besar ?
Apakah kesenangan yang lebih besar ?
Selain Allah swt bersama kita ?

Allah berfirman yang bermaksud,
“ Hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang
menyeru kepada kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf
dan mencegah dari yang mungkar.
Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. “
[ Ali-Imran : 104 ]

Tidak mahukah kita termasuk orang-orang yang beruntung ?
Mari sama-sama kita tanamkan hasrat dan cita-cita baru,
yakni membawa Islam secara unik, efektif dan sarat hikmah.
Jadilah promoter Islam.
Promoter agama kita yang tercinta.



Sekurang-kurangnya,
pamerkanlah imej seorang muslim pada diri kita
di mata masyarakat.
Islam itu indah.
Yang susah itu tarbiyah, sabar itu indah.

If not us, then who?
If not now, then when?

Whatever we do in this world,
It will be questioned in the afterlife.
Always be careful !

- Islam unites us all -
->> We unite for Islam <<-
^_^